SELAMAT DATANG......

Saturday 3 November 2012

Latihan Imbuhan Awalan & Akhiran


Gariskan kata berimbuhan yang betul.

1.   Alex sedang _______  (memainkan / bermain / termain) bola di padang.
2.   Puan Halimah sedang _________ (dicuci / mencuci / pencuci) pakaiannya.
3.   Semua __________ (penonton / menonton / ditonton ) bertepuk tangan apabila persembahan di pentas itu tamat.
4.   Pokok bunga itu ________ (ditanam / menanam / tanamkan) oleh ibu.
5.   Shiela amat ________ (meminati / peminat / berminat) penyanyi itu sejak kecil lagi.
6.   Walaupun kalah dalam pertandingan badminton itu, Sunny tidak pernah _______ (berputus / terputus) asa.
7.   Amber Lim telah ________ ( dilantik / melantik / terlantik ) menjadi ketua pasukan bola keranjang sekolahnya.
8.   Sesiapa yang berminat menyertai _________ (melawat / lawatan / dilawati) itu, sila beritahu guru kelas.

Jawapan :
1. bermain, 2. mencuci, 3. penonton, 4. ditanam, 5. meminati, 6. berputus, 7. dilantik,
8. lawatan 

Ayat Kata Seru


Contoh Ayat Yang Menggunakan Kata Seru

Aduh, sakitnya tanganku!
Aduh, sakitnya gigiku!
Aduh, peningnya kepalaku !
Aduh, gatalnya tanganku !
Aduh, pedihnya luka jari aku ini !
Aduh, sakitnya perut aku ini !

Aduhai, malang sungguh nasibku!
Aduhai, keluarga itu sentiasa ditimpa nasib malang!
Aduhai, malangnya mangsa banjir itu !

Eh, rupa-rupanya dialah yang membongkar rahsia itu!
Eh, kamu rupa-rupanya yang mencuri pensel aku !

Oh, di sini kamu rupanya !
Oh, di sini rupa-rupanya awak sorokkan buku saya !

Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!

Amboi, mahal betul kereta itu!
Amboi, merahnya baju ini !
Amboi, cantiknya gadis ini !
Amboi, cantiknya bunga ini !
Amboi, cantik sungguh pakaian pengantin itu !
Wah, tingginya menara itu !
Wah, berani betul budak itu!
Wah, cepatnya budak itu berlari !
Wah, hebat sungguh pahlawan it menunggang kuda liar yang baru ditangkapnya.

Cis, berani dia menentangku!
Cis, berani kamu menggangu adikku !
Cis, berani kamu menentang arahanku !
Cih, mereka tidak kenal siapa aku !

Eh, kamu sudah sampai!
Eh, tadi dia ads di sini!
Eh, bagaimana pula awak dapat masuk sedangkan pintu bilik itu berkunci.

Hai, diamlah sikit!
Hai, sudah lama kita tidak bertemu!
Hai, lama kita berjumpa !
Hai, mari kita ke kantin bersama-sama sekarang !

Syabas (Tahniah), kamu telah berjaya mengharumkan nama negara !
Syabas (Tahniah), kamu telah lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris !
Syabas (Tahniah), kamu telah mendapat tempat pertama dalam kelas !
Syabas (Tahniah), kamu telah berjaya !

Thursday 1 November 2012

Antonim & Sinonim

berguna
berkerjasama
segar
menolong
askar
Rajin


Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan sinonim di atas:

bergotong-royong = _____________________

tentera = ______________________________

nyaman = _____________________________

berfaedah = ____________________________

membantu = ____________________________

tekun =  _______________________________

malas
sengsara
sedih
kacau-bilau
datang
benci

Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan antonim di atas:

aman = __________________________________

gembira = ________________________________

bahagia = ________________________________

tekun = __________________________________

sayang = _________________________________

pulang = _________________________________

Bina Ayat 4



Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan.


Tekun:     
_________________________________


Menuntut:
_________________________________


Perpustakaan:
_________________________________


Bersungguh-sungguh:
_________________________________


Megah:
_________________________________

Bina Ayat 3


Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan

Berpesan: 
___________________________________


Berjanji:   
___________________________________


Mendidik:    
___________________________________


Berbudi bahasa:
___________________________________


Menyayangi:
___________________________________