Gariskan kata berimbuhan yang betul.
1. Alex
sedang _______ (memainkan / bermain / termain) bola di padang.
2. Puan
Halimah sedang _________ (dicuci / mencuci / pencuci) pakaiannya.
3. Semua
__________ (penonton / menonton / ditonton ) bertepuk tangan apabila
persembahan di pentas itu tamat.
4. Pokok
bunga itu ________ (ditanam / menanam / tanamkan) oleh ibu.
5. Shiela
amat ________ (meminati / peminat / berminat) penyanyi itu sejak kecil lagi.
6. Walaupun
kalah dalam pertandingan badminton itu, Sunny tidak pernah _______ (berputus /
terputus) asa.
7. Amber
Lim telah ________ ( dilantik / melantik / terlantik ) menjadi ketua pasukan
bola keranjang sekolahnya.
8. Sesiapa
yang berminat menyertai _________ (melawat / lawatan / dilawati) itu, sila
beritahu guru kelas.
Jawapan :
1.
bermain, 2. mencuci, 3. penonton, 4. ditanam, 5. meminati, 6. berputus, 7.
dilantik,
8.
lawatan